CATUR BISTARI
Saturday, 16 February 2013 | 08:04 | 0 weird people
Assalammualaikum.
Korang semua pernah main Catur Bistari tak ? haha okay , mungkin ada sesetengah yang baru dengar dan ada juga yang telah berpelangaman tentang Catur Bistari ini . Bagi sesiapa yang baru nak mengenali apakah itu Catur Bistari , di sini terdapat serba sedikit informasi :)
Terdapat pelbagai program telah dilaksanakan oleh Johor Corporation (JCorp) bagi aktiviti kelab Tunas Bistari. Bermula pada tahun 2007 juga, Johor Corporation melalui BISTARI Young telah memperkenalkan CATUR BISTARI di mana objektif permainan ini mendidik ilmu dan amalan bisnes, menyemai benih keusahawanan dan semangat berniaga serta pendedahan kepada ilmu amalan bisnes berlandaskan nilai-nilai Islam.
APA ITU CATUR BISTARI?
KONSEP CATUR BISTARI
Permainan “Catur” bermaksud “Board Game”. Istilah “Catur” dan bukan “Dam” digunakan memberi maksud ia satu permainan yang bukan bertujuan untuk hiburan dan bersantai semata-mata, malah mempunyai matlamat sampingan bernilai tinggi. “Catur” juga bermaksud mempunyai ciri “percaturan” atau penyusunan strategi dan berupaya membentuk ciri-ciri “ketajaman” akal dan bertindak dengan kebijaksanaan yang tinggi untuk mencapai kemenangan atau kejayaan.
OBJEKTIF CATUR BISTARI
Mencetus minat dan kesedaran kepada anak-anak dan para pelajar sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi dalam aspek yang berkaitan dengan bidang pengurusan kewangan dan keusahawanan.
Membentuk budaya dan minat keusahawanan di kalangan para pelajar bagi menjadikan keusahawanan sebagai salah satu kerjaya pilihan di masa hadapan.
Memupuk nilai-nilai berikut sebagai usahawan berjaya :-
RINGKASAN CARA PERMAINAN
ii. Borang Nilai Aset
iii.Bendera kuning, hijau dan merah jambu
iv.Kad Hilang giliran
v. Pensil, pemadam, pengorek pensil dan mesinkira
vi.Set Permainan CATUR BISTARI yang lengkap.
vii.Wisel dan ”air-hond”
FASA 2 : Laluan Tijarah
FASA 3 : Laluan Jihad Bisnes
APA ITU CATUR BISTARI?
- Permainan yang mendidik ilmu dan amalan bisnes untuk anak-anak belajar berdikari.
- Sesuai untuk menyemai benih keusahawanan dan semangat berniaga di kalangan anak-anak.
- Pendedahan kepada ilmu dan amalan bisnes berlandaskan nilai-nilai Islam.
- Sesuai untuk bersama anak-anak berumur 6 tahun ke atas, dengan bimbingan ibubapa dan seluruh keluarga.
KONSEP CATUR BISTARI
Permainan “Catur” bermaksud “Board Game”. Istilah “Catur” dan bukan “Dam” digunakan memberi maksud ia satu permainan yang bukan bertujuan untuk hiburan dan bersantai semata-mata, malah mempunyai matlamat sampingan bernilai tinggi. “Catur” juga bermaksud mempunyai ciri “percaturan” atau penyusunan strategi dan berupaya membentuk ciri-ciri “ketajaman” akal dan bertindak dengan kebijaksanaan yang tinggi untuk mencapai kemenangan atau kejayaan.
OBJEKTIF CATUR BISTARI
Mencetus minat dan kesedaran kepada anak-anak dan para pelajar sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi dalam aspek yang berkaitan dengan bidang pengurusan kewangan dan keusahawanan.
Membentuk budaya dan minat keusahawanan di kalangan para pelajar bagi menjadikan keusahawanan sebagai salah satu kerjaya pilihan di masa hadapan.
Memupuk nilai-nilai berikut sebagai usahawan berjaya :-
- Memahami liku-liku kehidupan dan cabaran yang akan dihadapi di alam kerjaya dan keusahawanan.
- Belajar bila untuk mengambil risiko.
- Membina kecekapan dan kemahiran perundingan dan persepakatan dalam menjayakan sesuatu usaha.
- Memupuk minda keusahawanan dan minat berbisnes.
- Kemahiran dan kecekapan membuat keputusan.
- Mengembangkan jaringan usahasama.
- Menanam semangat berbisnes untuk kesempurnaan hidup mengikut nilai Islam.
- Permulaan permainan
- Sebelum memulakan permainan, perlantikan seorang banker perlu dibuat. Setiap pemain akan diberi 3 borang; Borang Penyata Pendapatan, Borang Penyata Syarikat (Laluan Tijarah), Borang Penyata Syarikat (Laluan Jihad Bisnes). Borang ini perlu diisi setiap kali berada di laluan yang berkaitan. Pemain juga perlu memilih gundu masing-masing. Permainan akan bermula di petak mula.
- Permainan akan dimulakan oleh pemain yang berada di sebelah kiri banker dan diikuti dengan pemain yang berada disebelah kiri. Begitulah seterusnya giliran bermain engikut pusingan jam.
- Sebelum bermula banker perlu pastikan perkara-perkara berikut ada di meja pertandingan:-
ii. Borang Nilai Aset
iii.Bendera kuning, hijau dan merah jambu
iv.Kad Hilang giliran
v. Pensil, pemadam, pengorek pensil dan mesinkira
vi.Set Permainan CATUR BISTARI yang lengkap.
vii.Wisel dan ”air-hond”
- Banker perlu pastikan hanya nama pemain yang berada di meja pertandingan sama dengan senarai nama yang terdapat di Borang Nilai Aset.
FASA 2 : Laluan Tijarah
FASA 3 : Laluan Jihad Bisnes
- Untuk mengetahui lanjut , anda boleh lah klik di sini .
- Anda juga boleh join kelab Catur Bistari di fb : Catur Bistari